Tuesday 6 October 2020

Internship IT Newbie

SELASA (PAGI 11:00) 


Haiiii Assalamualaikumm. Ada orang takk? Nak cerita ni. Takde? Takpee nak cerita jugak hewhew


    Masuk harini dah hari ke-9 intern. Saya dapat intern dekat area Cheras, KL. Tempat, dirahsiakan 😃 Courses saya amik is Science Computer Data Networking. Intern ni pun, saya mintak yang relate dengan IT juga laa which is networking. Setakat 9 hari ni still so-so lah sebab newbie kan. Teammate saya semuaaanyaa cina. Ada lah sorang melayu. Tapi belum kamcing lagii. But it's okay. Dorang semua okay2 je. Biasalaa masih baru lagi kan? 

    Kalau korang amik masa berapa lama nak adapt tempat baru and kawan baru? Kalau saya, saya boleh adapt tempat baru tu dalam 1-2 minggu. Kalau kawan, maybee dalam sebulan camtu. Mungkin ada yang ambik masa lama or sekejap nak adapt dengan tempat baru. But, for me apa yang penting, sentiasa positif dalam apa jua keadaan. Walau apapun yang menghimpit kau masa tu, just be strong. 

    Bila pergi tempat baru, mesti rasa tough kan? Korang rasa camtu jugak ke? Sebab nak adapt tempat baru, kawan and so on. Apa yang penting kena banyak bersabar. Give a good impression toward others. Be positive. Accept the feels and move on. Cakap kat diri sendiri sebenarnya sebab tengah merasa sekarang ni hahaha. 

    Since Day 1 until Day 9, saya belajar sistem yang company guna. So sistem ni saya yang akan guna untuk company punya transaction. Dalam sistem ni ada batch dia like macam row la. Batch ni nanti kena validate. Dalam sehari tu paling banyak ada 70+ batch kena validate. 1 batch pulak kadang paling banyak ada 50+ invois. Ni paling banyak lah. Paling sikit 1 invois je. So saya and 3 lagi dalam teammate include supervisor akan buat benda ni. Tapi supervisor punya role to more lagi la. Usually, hari isnin, khamis and jumaat yang masuk banyak dokumen dalam batch. Hari-hari lain tu kadang terlalu sikit untuk disettling beramai-ramai  xD Macam harini, kalau takde tu memang takde langsung. Jenuh tunggu dokumen masuk. Sampai berebut nak buat hahaha. Kalau dah banyak tak cukup tangan pulak adehh. 



Taraa..ni lah dia sistem tu. Tak banyak pun kan masuk harini. Ada satu je. Tu pun ada teammate yang dah buat uhukk.


Haa panjang noo dah cite nye. So tu lah serba sedikit 9 hari internship. Blog first and second ni cam bosan sikit sebab takde gambar or something yang ceria yang saya tak letak. Next blog, inshaallah i will do more to make it creative and interesting :D


    rosegold                 

Monday 5 October 2020

First Time as a Newbie Blogger


Isnin 1:00 Petang

Hello, hi and Assalamualaikum to every reader that have read my first blog. Thank you untuk pertama kalinya kerana sudi menekan klik dekat blog ni 😊😊 This is my first starter pack as a blogger. 


For my first blog ni, saya nak kenalkan diri dan contents yang saya akan letak dekat blogger. Saya cik rosegold. Nama stage yang akan cik rose guna sampai bila-bila. Aaagiterrr..saya gelarkan diri saya sebagai cik rose or saya lah ye. Saya suka guna bahasa rojak bm-bi yang dekat dengan diri. Ekceli saya memang minat menulis and membaca. Setiap apa yang saya rasa, saya suka luahkan dengan menulis. Everything happen, saya suka cari something untuk belajar. Sometime lah..kadang tu suka jugak fikir cam orang tak betul, overthinking then baru boleh berfikir dengan normal hahaha.

Contents saya akan meliputi experience dari life and motivation. Yang pasti, saya akan letak contents yang menarik untuk para readers okeyy. Hihi.

Kalau reader tertanya-tanya, kenapa terfikir nak buat blogger? 
Sebaaaabb, saya suka express apa yang saya rasa dengan menulis. And then, kalau saya baca buku or apa-apa yang saya tengok dekat fb, twitter, youtube and tv, saya suka simpan quote interesting yang relate dengan saya. Saya rasa ramai je macam ni kannn. Saya pun dalam kategori tu jugak hewhew. 


Macam mana start nak guna blogspot as a blog? 

First step, saya search blog site free yang boleh guna as a starter kan. So, saya jumpa blogger.com ni as a first step to do the blog. Lagipun, blogger ni macam familiar so sebab tu lah saya try yang ni. Anyway, ada banyak je blog free contoh macam Wordpress, Wix, Weebly, Tumblr etc. Boleh search kat sini 👉 https://www.ryrob.com/free-blogging-sites/


Rasanya ni jelah kot mukaddimah first starter as blogger. Jumpa lagi for da next chapter yah. Daaa.. Assalamualaikum and piss no wor ✌

        Rosegold        

Internship IT Newbie

SELASA (PAGI 11:00)   Haiiii Assalamualaikumm. Ada orang takk? Nak cerita ni. Takde? Takpee nak cerita jugak hewhew      Masuk harini dah ha...